Kes harian catat penurunan

PUTRAJAYA 16 Ogos  – Jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini terus menunjukkan penurunan dengan merekodkan sebanyak 2,437 kes semalam, berbanding 3,045 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 4,737,984.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, jumlah kes baharu itu membabitkan 2,431 kes penularan tempatan dengan enam lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Terdapat 42,203 kes aktif dengan 40,525 sedang menjalani kuarantin di rumah,

81 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi kes kematian akibat jangkitan berkenaan, setakat semalam terdapat lapan meninggal dunia dan dua daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Jumlah itu menjadikan sehingga kini angka kematian akibat Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 36,093 kes dan daripada jumlah yang dinyatakan itu 7,671 kes adalah kematian sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Data turut menunjukkan mengenai pesakit Covid-19 yang sembuh dan sehingga semalam sebanyak 3,658 kes dicatatkan sekaligus menjadikan jumlah kes pulih daripada jangkitan itu adalah 4,659,688 kes.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan kes tertinggi dengan 560 kes diikuti Selangor 491, Sabah 252, Perak 172, Negeri Sembilan 162, Johor 135, Kelantan 119 dan Melaka 106.

Negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 adalah Kedah 91, Pulau Pinang 89, Sarawak 73,;Wilayah Persekutuan Putrajaya 73, Pahang 52, Terengganu 49, Perlis 8 dan Wilayah Persekutuan Labuan 5.

Related posts

Leave a Comment