IPU tidak sihat di Sri Aman

KUCHING 12 Ogos – Sri Aman mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat susulan keadaan berjerebu pagi ini.

Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan bacaan IPU di Sri Aman mula mencatat ke tahap tidak sihat iaitu 105 pada pukul 1 pagi.

Bacaan IPU semakin meningkat pada jam berikutnya iaitu 111 diikuti 121 pada pukul 3 pagi.

IPU Sri Aman terus meningkat pada pukul 4 pagi apabila mencapai 131, diikuti 142 pada pukul 5 pagi, 151 (6 pagi) dan 152 (7 dan 8 pagi).

Sehingga pukul 8 pagi, bahagian lain di Sarawak masih mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana dengan Kuching 70, Samarahan (74), Serian (83), Sibu (56), Mukah (53), Bintulu (61), Miri (56), Limbang (55) dan Lawas (53).

Dua bahagian pula mencatatkan bacaan pada tahap baik iaitu Betong (49) dan Kapit (43).

Mengikut bacaan IPU 0 – 50 dikategorikan sebagai baik, sederhana (51 – 100), tidak sihat (101 – 200), sangat tidak sihat (201 – 300), berbahaya (301 – 400), sangat bahaya (401 – 500) dan kecemasan (lebih 501)

Related posts

Leave a Comment