5,481 kes baharu Covid-19 Singapura

SINGAPURA 12 Ogos – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,481 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,786,643 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 5,040 adalah jangkitan tempatan manakala 441 lagi ‬kes import. Menurut MoH, sebanyak 4,881 pesakit yang terdiri daripada 4,495 kes tempatan dan 386 kes import adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 600 lagi kes disahkan menerusi ujian PCR di mana 545 adalah jangkitan tempatan,…

Read More

Kunjungan hormat TPM Qatar

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani di Istana Negara, di sini, hari ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata majlis menghadap itu julung kali buat Sheikh Mohammed yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Asia termasuk Malaysia. Beliau berkata, pada sesi menghadap yang berlangsung kira-kira 30 minit bermula pukul 11.30 pagi itu, baginda dan Sheikh Mohammed membincangkan hubungan dua hala yang erat…

Read More

Jangkitan kes baharu 4,831

PUTRAJAYA 12 Ogos – Jangkitan kes baharu Covid-19 semalam menunjukkan penurunan sedikit dengan merekodkan 4,831 kes berbanding 4,896 pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 4,724,225. Sebanyak 10 kematian dilaporkan termasuk dua kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) 36,066 manakala kes aktif pula sebanyak 46,081 di mana 96.4 peratus atau 44,404 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. Dilaporkan 1,584 kes dirawat di hospital dengan 60 kini ditempatkan di wad ICU, 40 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan sementara kes sembuh pula sebanyak 3,362. Sementara itu, Selangor mendahului negeri -negeri lain…

Read More

Cacar monyet di AS cecah 10,392

LOS ANGELES: Kes cacar monyet di Amerika Syarikat mencecah 10,392 kes pada Rabu, demikian menurut data terbaharu yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). Laporan CDC menunjukkan bahawa 1,391 kes cacar monyet yang disahkan dikesan pada hari Rabu, kali pertama lebih 1,000 kes jangkitan harian untuk virus itu sejak kali pertama pada 17 Mei. Kes yang disahkan di negara itu masih menyumbang hampir 30 peratus daripada jumlah jangkitan global – 31,800 setakat ini, walaupun penduduk negara itu hanya di bawah 5 peratus daripada populasi dunia. Pentadbiran Biden Khamis…

Read More

IPU tidak sihat di Sri Aman

KUCHING 12 Ogos – Sri Aman mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat susulan keadaan berjerebu pagi ini. Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan bacaan IPU di Sri Aman mula mencatat ke tahap tidak sihat iaitu 105 pada pukul 1 pagi. Bacaan IPU semakin meningkat pada jam berikutnya iaitu 111 diikuti 121 pada pukul 3 pagi. IPU Sri Aman terus meningkat pada pukul 4 pagi apabila mencapai 131, diikuti 142 pada pukul 5 pagi, 151 (6 pagi) dan 152 (7 dan 8 pagi). Sehingga pukul 8…

Read More

Rajapaksa tiba di Thailand

BANGKOK 12 Ogos – Bekas presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, yang melarikan diri susulan protes antikerajaan di negaranya bulan lalu tiba di Thailand semalam dari Singapura, negara beliau berlindung sejak pertengahan Julai lalu. Visanya di Singapura tamat semalam. Rajapaksa dan seorang wanita, dipercayai isterinya, dilaporkan tiba di luar balai ketibaan VIP di lapangan terbang Don Mueang di Bangkok, sebelum menaiki limosin menuju ke destinasi yang tidak diketahui. Semalam, pegawai kerajaan Thailand memaklumkan mereka mendapat permintaan kerajaan Sri Lanka untuk membenarkan beliau memasuki negara itu dan tinggal sementara di sana. Perdana…

Read More