Jangkitan kes baharu 4,831

PUTRAJAYA 12 Ogos – Jangkitan kes baharu Covid-19 semalam menunjukkan penurunan sedikit dengan merekodkan 4,831 kes berbanding 4,896 pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 4,724,225.

Sebanyak 10 kematian dilaporkan termasuk dua kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) 36,066 manakala kes aktif pula sebanyak 46,081 di mana 96.4 peratus atau 44,404 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,584 kes dirawat di hospital dengan 60 kini ditempatkan di wad ICU,

40 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan sementara kes sembuh pula sebanyak 3,362.

Sementara itu, Selangor mendahului negeri -negeri lain dengan merekodkan 1,673 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,012, Sabah 360, Perak 356, Negeri Sembilan 316, Pulau Pinang 210, Melaka 155, Kedah 144, Wilayah Persekutuan Putrajaya 141, Kedah 124 dan Sarawak 115.

Kes lebih rendah pula direkodkan Pahang 79, Kelantan 75, Terengganu 46, Wilayah Persekutuan Labuan 19 dan Perlis 6.

Related posts

Leave a Comment