Cacar monyet di AS cecah 10,392

LOS ANGELES: Kes cacar monyet di Amerika Syarikat mencecah 10,392 kes pada Rabu, demikian menurut data terbaharu yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Laporan CDC menunjukkan bahawa 1,391 kes cacar monyet yang disahkan dikesan pada hari Rabu, kali pertama lebih 1,000 kes jangkitan harian untuk virus itu sejak kali pertama pada 17 Mei.

Kes yang disahkan di negara itu masih menyumbang hampir 30 peratus daripada jumlah jangkitan global – 31,800 setakat ini, walaupun penduduk negara itu hanya di bawah 5 peratus daripada populasi dunia.

Pentadbiran Biden Khamis lalu mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam, lebih seminggu selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan global.

Pihak berkuasa AS didakwa bertindak terlalu perlahan dan tidak memenuhi permintaan untuk vaksin kerana bilangan kes terus meningkat.

Related posts

Leave a Comment