Saf dirapatkan semula

JEDDAH: Mulai solat Subuh pagi ini, tiada lagi penjarakan fizikal ketika solat di dua masjid suci Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Kadar kehadiran jemaah juga dibenarkan mengikut kapasiti masjid tetapi masih tertakluk kepada beberapa peraturan.

Solat Subuh di Masjidilharam hari ini diimamkan oleh Sheikh Bandar Baleelah.

Sebelum ini Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam.

Bagaimanapun, arahan itu tidak terpakai di Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah kerana semua pengunjung masih wajib memakai pelitup muka, lapor Arab News.

Selain itu, kelonggaran turut diberikan apabila penjarakan fizikal bukan lagi satu kewajipan semasa majlis sosial termasuk semasa berada di dalam pengangkutan awam, restoran dan pawagam.

Dewan perkahwinan turut dibenarkan beroperasi mengikut kapasiti penuh.

Langkah pencegahan masih dikekalkan di beberapa tempat seperti semakan suhu dan status kesihatan menerusi aplikasi Tawakkalna.

Related posts

Leave a Comment