Putra tidak terkejut – Tok Him

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Putra tidak terkejut dengan keputusan Pengerusi Perhubungan Perak, Hamidah Osman keluar parti itu kerana tidak bersetuju menyertai Gerakan Tanah Air (GTA) yang diketuai Dr. Mahathir Mohamad. Presidennya, Ibrahim Ali berkata, beliau sudah menjangkakan tindakan bakal diambil Hamidah berdasarkan reaksi yang ditunjukkannya apabila Putra menyatakan akan menyertai GTA bersama Parti Pejuang dan Berjasa. Katanya, turut bersama Hamidah keluar parti ialah Ketua Putra Bahagian Larut, Ahmad Hasbullah Alias dan beberapa ahli. “Mereka memberi pelbagai alasan yang agak lucu dan tidak memeranjatkan dan ianya ibarat sekilas ikan di…

Read More

GTA: Hamidah tinggalkan Putra

IPOH 10 Ogos – Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra),  Hamidah Osman, hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan parti menyertai Gabungan Tanah Air (GTA). Beliau kecewa dengan keputusan Presiden Putra,  Ibrahim Ali, yang mahukan parti itu menyertai gabungan diterajui Pengerusi Parti Pejuang, Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan hanya retorik politik mendekati Pilihan Raya Umum (PRU) 15. “Demi prinsip dan tanda hilang kepercayaan saya kepada Presiden dan kepemimpinan Putra yang bertindak bekerjasama dengan Tun M (Mahathir), maka saya melepaskan semua jawatan saya dalam Putra…

Read More

2,335 kes baharu Covid-19 di Thailand

BANGKOK 10 Ogos – Thailand merekodkan 2,335 kes baharu Covid-19 yang dimasukkan ke hospital berbanding 1,955 yang dilaporkan sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,611,741. Pada masa yang sama, 32 lagi individu dilaporkan meninggal dunia berbanding 33 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 31,695 orang. Sebanyak 2,151 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,558,947 pesakit sembuh manakala 21,099 mendapat rawatan perubatan. Sementara itu, setakat semalam (9 Ogos), sebanyak 142,009,950 dos vaksinasi Covid-19 direkodkan.

Read More

Sedia pelan sekuriti makanan

SHAH ALAM 10 Ogos – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar kerajaan negeri menyediakan pelan jangka panjang yang lebih komprehensif mencakupi aspek sekuriti bekalan makanan khususnya untuk rakyat negeri ini. Dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebook Selangor Royal Office hari ini, Sultan Selangor menasihatkan keutamaan diberikan kepada keseimbangan pengeluaran produk makanan industri dan hasil tani serta produk oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan. Kenyataan itu susulan Keberangkatan baginda dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di…

Read More

Bersatu Sabah mahu ‘pertahan’ 6 kerusi

KOTA KINABALU  10 Ogos  – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan mempertahan enam kerusi Parlimen yang ‘dimenangi parti ‘ itu pada pilihan raya umum lalu, kata Ketua Srikandinya,  Azizah Mohd. Dun. Katanya, Bersatu Sabah tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kerusi yang dimenangi sekali gus ia dipertahankan. “Enam kerusi Parlimen itu ialah Kudat, Ranau, Beaufort, Sipitang, Beluran dan Libaran yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” katanya selepas mempengerusi mesyuarat bulanan Srikandi Bersatu Sabah pada Selasa. Enam kerusi Parlimen tersebut diwakili Abdul Rahim Bakri (Kudat), Azizah Mohd Dun (Beaufort),…

Read More

UMNO Sabah kumpul nama calon PRU15

KOTA KINABALU 10 Ogos – UMNO di setiap bahagian di Sabah diminta mengemukakan segera lima calon untuk diketengahkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata Pengerusi Perhubungannya, Bung Moktar Radin. Beliau berkata, senarai itu perlu dikemukakan segera kepada badan perhubungan UMNO negeri itu untuk penilaian awal bagi menghadapi PRU15. Katanya , senarai itu perlu dikemukakan segera, sama ada individu dicadangkan mempunyai kedudukan dalam bahagian atau sebaliknya yang penting calon diketengahkan adalah berwibawa, memenuhi kriteria dan boleh diterima oleh rakyat. Bung Moktar berkata dalam menentukan calon pada PRU15 kali…

Read More

Larangan buat pernyataan awam

PUTRAJAYA 10 Ogos – Pegawai awam tidak seharusnya bertindak balas dengan melakukan provokasi terhadap teguran orang awam, penyelia, rakan sejawat atau pegawai atasan membabitkan penyampaian perkhidmatan yang kurang memuaskan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA),  Mohd Shafiq Abdullah, dalam surat edaran bertajuk, Peringatan Berkaitan Arahan Larangan Membuat Pernyataan Awam Oleh Pegawai Awam, berkata provokasi melampau bagi meraih perhatian umum atau dijadikan bahan viral, boleh disifatkan sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan budaya kerja pegawai awam. Surat bertarikh 8 Ogos itu juga menyebut, perbuatan berkenaan bertentangan dengan peraturan dan undang-undang yang…

Read More

3,083 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 10 Ogos – Sebanyak 3,083 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, lebih tinggi berbanding kelmarin dengan 2,728 kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,714,498 kes. Daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan itu, tiga daripadanya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Turut menunjukkan peningkatan ialah kes kematian akibat jangkitan berkenaan dengan 12 kes dilaporkan dan tiga daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Sehingga kini, jumlah angka korban yang dilaporkan adalah sebanyak 36,044 kes dan daripada jumlah itu 7,659 kes adalah kematian sebelum sempat bantuan perubatan dapat…

Read More