2,335 kes baharu Covid-19 di Thailand

BANGKOK 10 Ogos – Thailand merekodkan 2,335 kes baharu Covid-19 yang dimasukkan ke hospital berbanding 1,955 yang dilaporkan sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,611,741.

Pada masa yang sama, 32 lagi individu dilaporkan meninggal dunia berbanding 33 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 31,695 orang.

Sebanyak 2,151 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,558,947 pesakit sembuh manakala 21,099 mendapat rawatan perubatan.

Sementara itu, setakat semalam (9 Ogos), sebanyak 142,009,950 dos vaksinasi Covid-19 direkodkan.

Related posts

Leave a Comment