Kes harian Covid-19 turun

PUTRAJAYA 6 Ogos – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 semalam menunjukkan penurunan dengan merekodkan 3,927 termasuk 14 kes import berbanding 4,413 pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 4.687 juta kes.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, enam kes kematian dicatatkan dengan tiga daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,009.

Sebanyak 46,506 kes aktif dilaporkan di mana 96.4 peratus atau 44,843 sedang menjalani kuarantin di rumah, 1,587 dirawat di hospital dengan 52 kini ditempatkan di wad ICU di mana 38 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 4,949 kes sembuh.

Sementara itu, Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 1,052 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 981, Perak 324, Sabah 315, Pulau Pinang 232, Negeri Sembilan 231, Melaka 155, Johor 128 dan Kedah 121.

Di bawah 100 kes pula adalah Sarawak 99, Wilayah Persekutuan Putrajaya 96, Pahang 93, Kelantan 49, Terengganu 32, Perlis 12 dan Wilayah Persekutuan Labuan tujuh kes.

Related posts

Leave a Comment