PM Peru letak jawatan

LIMA 4 Ogos – Perdana Menteri Peru, Anibal Torres mengumumkan peletakan jawatannya pada Rabu yang meningkatkan ketidaktentuan politik di negara itu.

Dalam surat kepada Presiden yang dimuat naik dalam akaun Twitternya, Torres berkata, beliau melepaskan jawatan atas ‘sebab peribadi’.

Torres bekas Menteri Kehakiman mengangkat sumpah jawatan pada Februari lalu adalah perdana menteri keempat di bawah pemerintahan Presiden Pedro Castillo.

Menerusi perkongsian di Twitter, Torres berkata, beliau akan melepaskan jawatan tersebut selepas berkhidmat bersama Castillo bagi mempertahankan hak-hak “orang yang dilupakan.”

Berdasarkan undang-undang negara itu, Castillo berhak menerima atau menolak peletakan jawatan tersebut namun masih belum menyatakan pendiriannya.

Perkembangan terkini itu mengeruhkan lagi keadaan politik di Peru dengan Castillo ketika ini sedang disiasat berhubung lima pendakwaan.

Empat daripadanya berkaitan tuduhan rasuah dan satu merupakan dakwaan plagiarisme dalam tesis sarjananya yang dibentangkan pada 2012.

Sementara itu, suruhanjaya yang diluluskan kongres sedang menyiasat dakwaan penipuan dalam pilihan raya presiden.

Dakwaan penipuan tersebut bagaimanapun dipertikaikan oleh pihak berkuasa pilihan raya dan pemerhati bebas.

Castillo adalah bekas guru di luar bandar sebelum mengejutkan golongan elit politik Peru apabila memenangi pilihan raya sebagai Presiden dengan kempen yang menjanjikan penambahbaikan kualiti pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan lain.

Bagaimanapun , tahun pertama pentadbiran Castillo dilanda pergolakan berterusan, termasuk beberapa kali pertukaran ahli Kabinet, malah beliau sendiri turut menghadapi dua percubaan untuk memecatnya.

Selain itu, Castillo sedang berdepan lima penyiasatan meliputi beberapa dakwaan berkait rasuah dan plagiarisme membabitkan tesis sarjananya.

Torres yang dilapor memaklumkan dirinya mahu kembali kepada dunia pengajaran di universiti, dilihat kuat mempertahankan Castillo sebelum ini, termasuk mengkritik media dan pihak yang melemparkan dakwaan terhadap Presiden itu.

 

 

:

Related posts

Leave a Comment