Kes harian Covid-19, kematian meningkat

PUTRAJAYA 1 Dis. – Kes jangkitan harian Covid-19 dan kematian akibatnya semalam, Rabu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding pada hari sebelumnya.

Menurut data portal KKMNOW, sebanyak 1,737 kes harian direkodkan termasuk satu kes import berbanding 1,672 sebelumnya.

Manakala 17 kematian dicatatkan semalam termasuk enam daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,992,168 orang iaitu 4,953,722 kes tempatan dan 38,446 kes import manakala 36,684 kematian direkodkan termasuk 7,808 BID.

Selangor mencatatkan lima kematian termasuk satu BID, Pulau Pinang dan Melaka masing-masing dua BID, Johor, Sabah dan Sarawak masing-masing dua kematian, Negeri Sembilan satu BID dan Pulau Pinang satu kematian.

Sementara itu, sebanyak 24,960 kes masih aktif semalam, turun 1,618 dan daripada jumlah itu 23,018 kes atau 92.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Sebanyak 1,848 pesakit mendapatkan rawatan di hospital dan daripada jumlah itu, sebanyak 94 orang  ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Semalam juga merekodkan 3,338 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 4,930,524.

Sementara itu Selangor terus mendahului dengan merekodkan 367 turun berbanding 619 kelmarin,  menjadikan jumlah keseluruhan 1,532,989 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 193 berbanding 134 sebelumnya.

Sarawak mencatatkan 166 berbanding 80 sebelumnya diikuti Kedah 164 (133), Melaka 134 (89), Sabah 125 (103) dan Kelantan 123 (77).

Di bawah 100 kes pula adalah Perak 88 (66), Pulau Pinang 82 (81), Pahang 80 (46),

Negeri Sembilan 64 (84), Terengganu 57 (57), Johor 43 (39), Wilayah Persekutuan Labuan 24 (9), Wilayah Persekutuan Putrajaya 19 (52), dan Perlis 8 (8).

Related posts

Leave a Comment