Kes baharu meningkat di Korea Selatan

SEOUL: Korea Selatan melaporkan 68,551 kes baharu Covid-19 pada Sabtu, 23 Julai, iaitu 1.66 lebih tinggi berbanding jumlah kes yang dicatatkan seminggu lalu,

berikutan subvarian Omicron BA.5 yang mudah berjangkit semakin menular. 

Daripada jumlah itu yang hampiri sama dengan 68,632 kes yang dilaporkan pada Jumaat (22 Julai, sebanyak 293 merupakan kes import. 

Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), dengan

perkembangan ini, jumlah terkumpul kes Covid-19 di negara tersebut adalah 19,146,180.

Jumlah kes harian naik lebih seganda kepada 73,582 pada 19 Julai berbanding 26,299 pada 18 Julai dan kemudian meningkat kepada 76,402 pada 20 Julai dan 71,170 pada 21 Julai.

Subvarian Omicron BA.5 pantas menular sejak hujung Jun dengan permulaan cuti musim panas.

Jumlah kes harian menjangkaui 10,000 buat pertama kali dalam tiga minggu pada 29 Jun sebelum melambung kepada lebih 20,000 pada 9 Julai dan kemudian lebih 40,000 pada 13 Julai. 

Sebanyak 30 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada 23 Julai menjadikan angka kematian 24,855. 

Kadar kematian adalah 0.13 peratus. 

Related posts

Leave a Comment