Kematian Covid-19 meningkat di Thailand

BANGKOK 21 Julai – Jumlah kematian akibat Covid-19 di Thailand menunjukkan peningkatan apabila 23 orang dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam berbanding 19 semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kematian yang direkodkan setakat ini adalah 31,073 orang.

Sebanyak 2,607 kes baharu direkodkan hari ini termasuk 15 kes banduan tetapi data menunjukkan 20,547 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh seminggu lalu.

Setakat ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah sebanyak 4,568,461 orang.

Sehingga tengah malam Rabu, sebanyak 23,445 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 11,547 di hospital serta 854 di kemudahan hospital dan 11,196 di rumah atau pengasingan komuniti.

Di hospital, terdapat 854 dalam keadaan serius dan 382 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 2,318 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 4,513,943 orang sembuh.

Related posts

Leave a Comment