PM Sri Lanka sedia letak jawatan

COLOMBO 9 Julai – Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe sedia meletak jawatan untuk memberi laluan kepada pemerintah perpaduan baharu selepas Presiden Gotabaya Rajapaksa melarikan diri dari kediaman rasminya.

Menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri hari ini,  Wickremesinghe bersetuju dengan saranan pemimpin parti pembangkang supaya beliau berundur bagi memastikan keselamatan rakyat.

Askar dan polis tidak dapat menahan orang ramai yang menuntut peletakan jawatan Presiden Gotabaya Rajapaksa, sedang kemarahan orang ramai memuncak terhadap krisis ekonomi terburuk negara itu dalam tujuh dekad.

Penunjuk perasaan juga masuk ke Kementerian Kewangan dan pejabat presiden.

Rajapaksa meninggalkan kediaman rasminya pada Jumaat sebagai langkah keselamatan menjelang tunjuk perasaan yang dirancang pada hujung minggu.

Wickremesinghe mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin parti politik mengenai langkah yang perlu diambil berikutan pergolakan itu.

Menurut laporan, Wickremesinghe juga telah dipindahkan ke lokasi yang selamat.

Related posts

Leave a Comment