8,659 kes baharu Covid-19 di Singapura

SINGAPURA 10 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 8,659 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,523,881.

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 8,375 jangkitan tempatan dan 284 ‬kes import manakala satu kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,428 orang meninggal dunia.

Menurut MoH, sebanyak 7,860 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes ini terdiri daripada  7,604 kes tempatan dan 256 kes import manakala 799‬‬‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR.melibatkan 771 jangkitan tempatan, dan 28 adalah kes import.

Sementara itu kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.11, jatuh berbanding 1.14 semalam. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin meningkat.

Setakat semalam, sebanyak 681 pesakit masih dirawat di hospital, meningkat berbanding 653 yang dicatatkan semalam.

Sebanyak 92 orang memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 15/dipantau

rapi di ICU manakala 9,787 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Daripada jumlah itu, 93 peratus menerima satu dos diikuti 92 peratus lengkap dua dos dan 78 peratus menerima dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment