Kes keempat cacar monyet di Singapura

SINGAPURA 8 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan satu lagi kes import cacar monyet di Singapura, yang membawa kepada empat kes disahkan sejak Jun. Pesakit warga India berusia 30 tahun yang tinggal di Singapura itu baru-baru ini pulang dari Jerman. Lelaki itu mengalami ruam di kawasan pangkal paha pada 30 Jun dan demam seminggu kemudian pada 7 Julai. Dia mendapatkan jagaan perubatan dan dibawa ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 7 Julai dan diuji positif bagi cacar monyet pada 8 Julai. Pengesanan kontak sedang dijalankan. Lelaki itu kini…

Read More

MOTAC siasat 400 kandas ke Makkah

KUALA LUMPUR 8 Julai – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan membuat siasatan sewajarnya ke atas agensi pelancongan yang menyebabkan hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam . Menurut kenyataan media Unit Komunikasi Korporat MOTAC hari ini, berdasarkan semakan Kementerian, agensi pelancongan tersebut adalah berlesen dengan MOTAC. Pasukan penguatkuasaan MOTAC juga telah memantau dan menemu bual wakil syarikat di KLIA semalam dan dimaklumkan sekiranya bakal jemaah tidak mendapat penerbangan seperti yang dijadualkan, wang akan dikembalikan secara berperingkat dan pasport dipulangkan.. Tegas MOTAC,…

Read More

Jangkitan Covid-19 dijangka meningkat

KUALA LUMPUR 8 Julai – Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dijangka meningkat di negara ini disebabkan penularan sublineage Omicron BA.4 dan BA.5, terutama oleh BA.5 yang setakat ini menjadi versi virus Covid-19 paling mudah merebak. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata Omicron BA.5 lebih mudah menjangkiti berbanding varian Omicron sebelumnya iaitu BA.1 dan BA.2. Beliau berkata, di peringkat global, sublineage BA.4 menunjukkan kadar peningkatan daripada 11 peratus pada minggu epidemik 24 bagi 2022 kepada 12 peratus pada minggu epdemik 25, manakala sublineage BA.5 menunjukkan peningkatan dari 37 peratus ke 52 peratus. “Kita…

Read More

Kompaun gagal pakai pelitup muka

KUALA LUMPUR 8 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan untuk mengenakan kompaun kepada orang ramai yang tidak memakai pelitup muka di kawasan tertutup jika kes jangkitan Covid-19 meningkat dengan mendadak. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata KKM tidak menolak kemungkinan untuk menguatkuasakan semula peraturan itu mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Katanya, sejak 17 April lalu KKM sudah tidak lagi mengeluarkan notis kompaun selaras fasa peralihan ke endemik. “Saya lihat dari segi pematuhan kepada pemakaian pelitup muka, terutama di kawasan tertutup sudah mula agak longgar. “Banyak…

Read More

Bekas PM Jepun mati ditembak

TOKYO 8 Julai  – Bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, 67 disahkan meninggal dunia selepas beliau ditembak pada acara kempen hari ini. Menurut pegawai kanan Parti Demokratik Liberal (LDP), Abe meninggal dunia di sebuah hospital di bandar Kashihara, wilayah Nara, tempat beliau menerima rawatan perubatan. Bekas pemimpin itu menyampaikan ucapan pada satu acara menjelang pilihan raya apabila bunyi tembakan yang jelas kedengaran. Bekas pemimpin itu menyampaikan ucapan pada satu acara menjelang pilihan raya apabila bunyi tembakan yang jelas kedengaran, lapor NHK dan agensi berita Kyodo. Menurut laporan media, ketika dia…

Read More

Tiada kes cacar monyet

KUALA LUMPUR 8 Julai – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan tiada kes cacar monyet dilaporkan di negara ini, setakat ini. Beliau berkata, sehingga semalam sebanyak lima kes disyaki cacar monyet dilaporkan namun bukan membabitkan jangkitan cacar monyet. “Satu daripada lima kes itu disahkan HFMD , tiga kes cacar air, satu kes ketayap dan satu kes demam biasa,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini. Beliau bagaimanapun mengesahkan mendapat maklumat seorang warga negara Malaysia yang menetap di Singapura disahkan dijangkiti penyakit itu. Lelaki 45 tahun berkenaan disahkan menghadapi masalah lesi…

Read More

Gelombang keempat Covid-19

KUALA LUMPUR 8 Julai – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan rakyat Malaysia mengenai kemungkinan gelombang keempat Covid-19 melanda negara tidak lama lagi. Kemungkinan itu susulan pengesanan kehadiran subvarian Omicron BA.5 di Malaysia dan kes harian dijangka bertambah. Setakat tengah malam tadi, kes jangkitan baharu Covid-19 melepasi angka 4,000 apabila sebanyak 4,020 kes direkodkan. Sehubungan itu, Khairy meminta orang ramai yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak untuk segera berbuat demikian terutama mereka yang berisiko tinggi susulan peningkatan kes ketika ini Hingga semalam, 31.4 peratus iaitu kira-kira 7.4 juta daripada…

Read More