Polis terima laporan ‘haji furada’

SEPANG 8 Julai – Sebanyak 17 laporan polis telah dibuat jemaah Haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) daripada penerbangan ke Jeddah, Makkah semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman, kesemua laporan polis itu dibuat di sekitar Lembah Klang sehingga pukul 4.30 pagi Jumaat.

Menurut lapiran Astro Awani, polis telah merekodkan 17 laporan polis terhadap UC Travel, dan menemubual pemilik secara lisan.

Semalam, kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA di sini sejak pagi semalam dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

Related posts

Leave a Comment