Sheikh Muhammad sampai khutbah Arafah

JEDDAH 7 Julai – Setiausaha Agung Liga Dunia Islam yang juga Presiden Pertubuhan Ulama Muslim, Sheikh Muhammad bin Abdul Karim Al-Issa dilantik untuk menyampaikan khutbah haji pada 9 Zulhijjah di Masjid al-Nimrat, Arafah.

Menurut Haramain Sharifain, pelantikan dibuat oleh Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, penjaga dua tanah suci Makkah dan Madinah.

Tahun ini, khutbah Hari Arafah akan diterjemahkan kepada 10 bahasa bagi membolehkan jemaah haji serta umat Islam di seluruh dunia yang mendapat akses secara langsung memahami kandungan teks khutbah.

Terjemahan itu meliputi bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Urdu, Farsi, Perancis, Cina, Turkiye, Russia, Hausa dan Bengali.

Related posts

Leave a Comment