Kes harian Malaysia cecah 3,561

PUTRAJAYA 7 Julai – Malaysia kembali mencatatkan kes baharu melebihi 3,000 kes apabila 3,561 kes dikesan setakat semalam, menunjukkan peningkatan berbanding kelmarin dengan 2,932 kes serta Isnin lalu, 1,918 kes.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan angka jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,582,302 kes.

Kali terakhir negara ini mencatat kes lebih 3,000 ialah pada 13 Mei lalu dengan 3,029 kes. Kes terus menunjukkan peningkatan berbanding kelmarin dengan 2,932 kes serta Isnin lalu, 1,918 kes.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 3,552 penularan tempatan, sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Hingga kini masih terdapat 31,540 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini, iaitu 96 peratus atau 30,290 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, hospital (1,184), Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (26), Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan (23) dan ICU serta tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (17).

COVIDNOW turut melaporkan sejumlah lima kes kematian semalam termasuk dua kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).

Dua kes kematian dilaporkan di Selangor termasuk satu kes BID, manakala masing-masing satu kes dilaporkan di Kuala Lumpur (kes BID), Pahang dan Sarawak.

Sementara itu, Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,341 kes berbanding 959 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 1,394,796.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merekodkan 994 kes berbanding 947 kelmarin, Perak 243 (194), Sabah 196 (143), Negeri Sembilan 160 (176), Wilayah Persekutuan Putrajaya 123 (61),Pulau Pinang 119 (107).

Melaka merekodkan 97 kes berbanding 42 kelmarin, Johor 72 (57), Sarawak 55 (54),

Kedah 51 (67), Pahang 38 (51), Kelantan 37 (30), Terengganu 17 (18), Perlis 11 (10) dan Wilayah Persekutuan Labuan 7 (16).

Related posts

Leave a Comment