Biden positif lagi

PRESIDEN Amerika Syarikat, Joe Biden sekali lagi diuji positif Covid-19 pada Sabtu selepas tiga hari pengasingan dan diberikan rawatan dengan ubat anti-viral.

Melalui ciapan di Twitter, Biden menyatakan beliau tidak mengalami gejala namun masih mengasingkan diri demi keselamatan orang di sekelilingnya.

Rumah Putih (White House) turut mengeluarkan kenyataan oleh Dr. Kevin O’Connor, yang memantau kesihatan Presiden itu.

Selaras dengan garis panduan pusat kawalan dan pencegahan penyakit, Biden akan memulakan pengasingan selama sekurang-kurangnya lima hari.

Beliau akan mengasingkan diri di White House sehingga diuji negatif.

Pakar di White House berkata, kebanyakan kes pemulihan kekal ringan.

Biden, 79 tahun, dirawat dengan ubat antiviral, Paxlovid dan diuji negatif untuk virus itu pada Selasa dan Rabu.

Beliau kemudiannya dibenar menamatkan tempoh pengasingan sambil memakai pelitup muka dalam rumahnya.

Biden turut divaksin sepenuhnya, selepas mendapat dua dos vaksin Pfizer selepas memegang jawatan.

Related posts

Leave a Comment