PUTRAJAYA 31 Julai – Jangkitan kes baharu Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan kepada 4,271 kes semalam berbanding 4,860 pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,677,270.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat kematian pula dilaporkan termasuk satu kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) di Melaka manakala Perak, Sabah dan Terengganu masing-masing satu kematian.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 35,960 manakala kes aktif itu pula sebanyak 1,286 menjadikan jumlah keseluruhan 47,014.
Sebanyak 96.8 peratus daripada kes aktif atau 45,487 sedang menjalani kuarantin di rumah, 62 kes dirawat di ICU dan 34 lagi pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sebanyak 5,553 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,594,296 orang pulih.
Sementara itu, Selangor mendahului kes harian tertinggi dengan merekodkan 1,972 menjadikan jumlah keseluruhan 1,427,400 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 723 dan Perak 280.
Ini diikuti Sabah yang merekodkan 251, Negeri Sembilan 221, Pulau Pinang 191 dan Melaka 121.
Negeri yang mencatatkan angka di bawah 100 adalah Kedah 97 kes, Johor 90, Sarawak 78,Wilayah Persekutuan Putrajaya 70, Pahang 69, Kelantan 57,:Wilayah Persekutuan Labuan 19, Terengganu 17 dan Perlis 15.
