40 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 17 Nov. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 40 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 29,769, daripada 2,551,250 kes positif yang dikesan negara.

Menurut data di portal COVIDNOW, tujuh daripada 40 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 65,316 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 50,765 individu atau 77.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, 8,217 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,789 kes dirawat di hospital dan 545 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana 281 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 264 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment