Hamas diberi tempoh sehingga Ahad

WASHINGTON – Hamas diberi tempoh sehingga esok, Ahad untuk menerima cadangan gencatan senjata Amerika Syarikat (AS) serta pertukaran tahanan.

Presiden Donald Trump dalam hantaran di platform media sosialnya, Truth Social semalam, berkata, Hamas perlu menerima perjanjian itu selewat-lewatnya jam 6 petang waktu Timur (2200GMT) Ahad ini.

Israel mengekalkan sekatan ke atas Gaza yang dihuni hampir 2.4 juta penduduk selama hampir 18 tahun.

Sekatan itu diperketatkan lagi pada Mac lalu apabila rejim Israel menutup lintasan sempadan serta menyekat penghantaran makanan dan ubat-ubatan, menyebabkan wilayah berkenaan berdepan kebuluran.

Sejak Oktober 2023, serangan Israel meragut hampir 66,300 nyawa penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Gaza kini berada pada tahap hampir tidak lagi sesuai didiami, dengan kebuluran serta penyakit merebak pantas di tengah-tengah perpindahan penduduk secara besar-besaran.

Nnn

Related posts

Leave a Comment