Indonesia tambah 1,726 kes baharu

JAKARTA 26 Jun – Indonesia merekodkan 1,726 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 6,080,451

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 1,175 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 5,909,218 orang pulih daripada Covid-19.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 156,717 orang apabila tiga lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Pemerintah juga melaporkan, jumlah kes aktif bertambah 548 kes menjadikan jumlah keseluruhan 14,516.

Sementara itu, sehingga 0ukul 6 petang hari ini, sebanyak 201,366,276 telah mendapatkan dos pertama atau 96.69 peratus, manakala 168,823,775 atau 81.06 peratus sudah mendapatkan dos kedua.

Sebanyak 50,027,651 atau 24.02 peratus telah mendapatkan dos ketiga atau penggalak.

Related posts

Leave a Comment