Singapura catat 5,116 kes baharu

SINGAPURA 26 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,116 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 4,697 jangkitan tempatan dan 419 ‬‬kes import.

Jumlah kes baharu itu menunjukkan penurunan berbanding semalam yang merekodkan 6,168 kes iaitu 5,654 jangkitan tempatan dan 514 ‬‬kes import.

Seperti semalam, tiada kematian dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian kekal 1,408 orang manakala jumlah kumulatif kes pula adalah sebanyak 1,408,358.

Sebanyak 4,631 kes baharu Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Daripada jumlah itu, 4,240 adalah kes tempatan dan 391 kes import manakala  485 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 457 jangkitan tempatan, manakala 28 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.52, naik sedikit berbanding 1.48 semalam. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru Covid-19 semakin meningkat.

Sementara itu, seramai 377 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 353 semalam di mana 19 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa manakala 11 kes dipantau rapi di ICU manakala 6,272 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat semalam, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional di mana 93 peratus menerima satu dos: 92 peratus lengkap dua dos dan 78 peratus disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment