Thailand catat 2,299 kes baharu

BANGKOK 23 Jun – Sebanyak 18 lagi kematian direkodkan dengan jumlah kes harian pula sebanyak 2,299 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 30,543 orang meninggal dunia dan 4,507,228 kes dilaporkan.

Daripada jumlah kes baharu itu, lima kes dalam kalangan banduan dan lima lagi ketibaan dari luar negara.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kes baharu itu tidak termasuk 3,955 keputusan positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan membawa kepada jumlah 6,254 kes.

Berbanding hari sebelumnya, sebanyak 19 kematian dilaporkan dan 2,387 kes harian direkodkan.

Setakat Rabu, sejumlah 21,650 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,412 di hospital, 1,091 di kemudahan hospital dan  9,976 di rumah atau pusat pengasingan komuniti.

Daripada jumlah kes baharu di hospital, sebanyak, 602 dalam keadaan kritikal dan 280 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga sebanyak 1,783 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 4,455,035 orang pulih.

Related posts

Leave a Comment