1,907 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 23 Jun – Sebanyak 1,907 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 6,074,825 sejak kes pertama diumumkan pada 2 Mac 2020. Jumlah kes sembuh pula bertambah sebanyak 1,146 yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 5,905,971. Dalam tempoh 24 jam juga jumlah kematian baharu adalah empat orang menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini sebanyak 156,706 manakala kes aktif pula sebanyak 156,706.

Read More

Singapura lapor 6,606 kes baharu

SINGAPURA 23 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 6,606 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 5,954 jangkitan tempatan dan 652 ‬‬kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,390,558 sejak pandemik mula melanda. Tiga lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kematian 1,408 orang. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 6,071 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ini terdiri daripada 5,457…

Read More

Thailand catat 2,299 kes baharu

BANGKOK 23 Jun – Sebanyak 18 lagi kematian direkodkan dengan jumlah kes harian pula sebanyak 2,299 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 30,543 orang meninggal dunia dan 4,507,228 kes dilaporkan. Daripada jumlah kes baharu itu, lima kes dalam kalangan banduan dan lima lagi ketibaan dari luar negara. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kes baharu itu tidak termasuk 3,955 keputusan positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan membawa kepada jumlah 6,254 kes. Berbanding hari sebelumnya, sebanyak 19 kematian dilaporkan dan 2,387 kes harian direkodkan. Setakat Rabu, sejumlah 21,650 orang mendapatkan rawatan…

Read More

Persiaran Institut kini Persiaran Tun Arshad

SHAH ALAM 23 Jun – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya nama Persiaran Institut di Seksyen 1, Shah Alam, Selangor ditukar kepada Persiaran Tun Arshad, bersempena nama Pengarah Pertama Institut Teknologi Mara (ITM). Istana Alam Shah dalam kenyataan hari ini berkata, titah berkenaan sudah diluluskan dan akan dikuatkuasakan serta-merta oleh Kerajaan Selangor menerusi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Pertukaran nama persiaran ini merangkumi jalan sepanjang 1.62 kilometer bermula dari Bulatan Bistari Seksyen 2 (di hadapan pintu masuk utama Universiti Teknologi Mara/UiTM) hingga ke persimpangan lampu isyarat (berhampiran Universiti…

Read More

Gelombang baharu lebih awal?

REMBAU 23 Jun – Gelombang baharu Covid-19 di negara ini berkemungkinan berlaku lebih awal berbanding tempoh antara dua atau tiga bulan lagi seperti diumumkan sebelum ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata pihaknya tidak bertujuan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat, sebaliknya ia mengambil kira langkah pencegahan yang perlu diambil meliputi setiap aspek oleh semua pihak. Katanya, gelombang kedua adalah berdasarkan peningkatan kepada lebih 2,000 kes dilaporkan dalam negara sejak tiga hari kebelakangan ini, dengan dua kluster baharu yang membimbangkan iaitu kluster pendidikan dan pengajian tinggi. Hampir semua negeri menunjukkan…

Read More

Sub-varian baharu Omicron di Sarawak

KUCHING 23 Jun – Sub-varian baharu Omicron Covid-19 yang sangat mudah merebak, BA.2.12. 1 dan BA.5 kini dikesan di Sarawak menerusi sampel yang diambil daripada pesakit di Kuching dan Sibu. Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr David Perera, berkata, kali pertama sub varian itu dikesan di Kuching dan Sibu pada hujung Mei lalu dan kemudian terdapat kes tambahan di Kuching bulan ini. Sebanyak 1,229 sampel diambil dalam tempoh pengawasan untuk kes positif Covid-19 dari 1 Mac hingga 16 Jun tahun ini dan semuanya dikesan…

Read More

Tahniah MEASAT-3d

KUALA LUMPUR 23 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan tahniah dan penghargaan kepada kerajaan serta Measat Global Berhad (MEASAT) atas pelancaran satelit MEASAT-3d. Baginda turut menzahirkan sukacita dengan kejayaan ini kerana ia amat bermakna khususnya buat rakyat Malaysia apabila dapat menikmati Internet berkelajuan tinggi di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menerusi perkhidmatan jalur lebar satelit. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah bertitah, ia juga selaras dengan inisiatif Kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam usaha merapatkan jurang…

Read More

Liputan komunikasi 100 peratus

KUALA LUMPUR 23 Jun – Pelancaran satelit MEASAT-3d berupaya membolehkan negara mencapai liputan komunikasi 100 peratus menjelang 2025, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Annuar Musa, Beliau berkata capaian liputan itu berdasarkan pengoperasian penuh satelit terbabit dalam tempoh terdekat. Katanya menerusi satelit ini, kualiti perkhidmatan jalur lebar dapat dipertingkatkan, menjadikan perkhidmatannya berkelajuan tinggi seperti mana kita gunakan melalui rangkaian gentian optik yang sedang dilaksanakan di kawasan yang maju. “Jadi, beberapa bulan lagi kita sudah boleh guna perkhidmatan ini dan dalam masa tiga tahun, kita boleh capai liputan 100 peratus,” katanya ketika…

Read More

MEASAT-3d satelit ke lapan masuk orbit

KUALA LUMPUR 23 Jun – Satelit kelapan negara, MEASAT-3d dilancarkan ke orbit dari European Spaceport di Kourou, French Guiana, pada pukul 6.50 petang waktu tempatan (pukul 5.50 pagi waktu Malaysia). Siaran langsung pelancaran itu disaksikan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini. Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi serta Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dr Adham Baba. Turut hadir Pengerusi Astro Malaysia Holdings Bhd Tunku Ali Redhaudin Tuanku…

Read More