Mogok pekerja kereta api London

LONDON: Kebanyakan perkhidmatan kereta api terhenti dan stesen utama lengang berikutan puluhan ribu pekerja mogok, yang terbesar di Britain dalam tempoh 30 tahun menyebabkan jutaan penumpang terkandas, pada Selasa.

Mogok disertai lebih 40,000 kakitangan rel akan turut diadakan pada Khamis dan Sabtu ini.

Metro London Underground juga kebanyakannya ditutup kerana mogok berasingan.

Kesatuan berkata mogok kereta api boleh menandakan permulaan “musim ketidakpuasan hati”  pekerja-pekerja di negara itu menuju tindakan industri kerana inflasi melonjak 10 peratus.

Setiausaha Agung Kereta Api, Maritim dan Pengangkutan Pekerja (RMT), Mick Lynch berkata, ahli RMT mengetuai semua pekerja yang kepenatan kerana gaji dan syarat mereka dikurangkan oleh campuran keuntungan perniagaan besar dan dasar kerajaan.

Network Rail berkata orang ramai tidak boleh menggunakan perkhidmatan kereta api melainkan benar-benar perlu.

Sementara itu, kakitangan hospital berkata, beberapa rakan sekerja tidur di tempat kerja semalaman untuk mengekalkan penjagaan kesihatan

Perdana Menteri Boris Johnson memberitahu Kabinet  bahawa mogok itu “salah dan tidak perlu” serta menyatakan mereka perlu bersedia untuk “mengekalkan perkhidmatan” kerana penambahbaikan kepada cara jalan kereta api adalah untuk kepentingan orang ramai.

Inflasi telah melonjak di seluruh Eropah berikutan kenaikan besar dalam kos tenaga dan Britain tidak bersendirian dalam menghadapi mogok.

Related posts

Leave a Comment