DidikTV KPM akses pendidikan

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melancarkan saluran khusus TV pendidikan secara terestrial, DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Saluran itu, mula bersiaran hari ini, menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan p ntv7 di TV UNIFI, bermula 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Ia merupakan antara usaha berterusan Kementerian Pendidikan, untuk meningkatkan akses pendidikan seluruh negara.

Muhyiddin dalam ucapan perasmiannya berkata, DidikTV KPM akan menyiarkan program-program yang berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM, selain berita mengenai dunia pendidikan daripada peringkat prasekolah hingga Tingkatan 6, program bercorak didik hibur (edutainment) serta kandungan yang dihasilkan oleh murid.

Kandungan pembelajaran sepanjang hayat yang memberi fokus kepada nilai-nilai murni dan pembangunan karakter murid akan turut disiarkan.

Beliau yakin DidikTV KPM akan dapat membantu pelaksanaan PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah), khususnya bagi murid yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan secara dalam talian. 

KPM mengambil inisiatif menghidupkan semula slot program TV pendidikan secara terestrial sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac tahun lalu, sebagai usaha membolehkan murid mendapat bahan pembelajaran melalui televisyen, khususnya yang tidak mempunyai akses internet atau peranti yang sesuai.

Related posts

Leave a Comment