Dua kematian, 1,921 kes baharu

PUTRAJAYA 22 Jun – Dua lagi kematian baharu dilaporkan akibat Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 35,737 orang meninggal dunia sejak pandemik bermula.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW, terdapat pertambahan 1,921 kes baharu, menunjukkan penurunan berbanding 2,093 kes yang direkodkan kelmarin.

Daripada jumlah kes baharu itu, 114 adalah kes import iaitu Selangor 100, Pahang 10, Perak 2, Johor 1 dan Wilayah Persekutuan Labuan 1 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,544,626.

Sebanyak 26,155 kes aktif dilaporkan dengan 25,059 menjalani kuarantin di rumah, 29 kes dirawat di ICU dan 20 memerlukan bantuan alat pernafasan sementara 1,716 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 4,482,734 orang pulih.

Sementara itu Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 714 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 521, Pulau Pinang 125, Perak 98, Sabah 96, Negeri Sembilan 69, Johor 63, Kedah 52, Sarawak 47.

Wilayah Persekutuan Putrajaya 37, Melaka 32, Pahang 23, Kelantan 19, Terengganu 14, Wilayah Persekutuan Labuan 7, dan Perlis 4.

Related posts

Leave a Comment