Tiga kematian, 2,093 kes baharu

PUTRAJAYA 21 Jun – Tiga kematian baharu dilaporkan akibat Covid-19 setakat tengah malam tadi di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah – menjadikan jumlah keseluruhan 35,735 orang meninggal dunia sejak pandemik bermula.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW, terdapat pertambahan 2,093 kes baharu dengan kes aktif Covid-19 dalam negara ketika ini sebanyak 25,952.

Sebanyak 24,929 atau 96.1 peratus daripada kes aktif sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 15 individu ditempatkan di PKRC.

Seramai 985 pesakit dirawat di hospital dengan 23 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Selangor merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 1,007 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 444, Pulau Pinang 155, Negeri Sembilan 82 dan Sabah 76.

Negeri terendah merekodkan kes adalah Wilayah Persekutuan Labuan 1, Perlis 8 dan Terengganu 14.

Related posts

Leave a Comment