1,299,348 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 21 Jun – Sebanyak 4,456 kanak-kanak mendapatkan dos kedua semalam menjadikan 1,299,348 atau 36.6 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini melengkapkan vaksinasi mereka.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,737,987 atau 49 peratus lagi  menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,911,081 atau 93.6 peratus telah menerima dua dos vaksin, manakala 3,001,413 atau 96.5 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Seramai 16,129,557 atau 68.6 peratus individu dewasa di negara ini pula telah menerima suntikan dos penggalak termasuk 1,218 yang mengambil dos berkenaan semalam.

Manakala 23,004,677 atau 97.8 peratus lagi telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,282,208 atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 6,772 dos harian diberikan semalam meliputi 538 dos pertama, 5,016 dos kedua dan 1,218 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 71,151,473.

Related posts

Leave a Comment