Mangsa nahas pesawat meningkat

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 265 orang terbunuh termasuk 241+penumpang dan kru serta orang awam apabila sebuah pesawat Air India yang dalam penerbangan ke London terhempas selepas berlepas dari Ahmedabad, semalam.

Hanya seorang penumpang pesawat penerbangan AI171 itu terselamat selepas pesawat Boeing 787-8 Dreamliner yang membawa 230 penumpang dan 12 kru itu terhempas di sebuah asrama kolej perubatan,

Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah, selepas meninjau lokasi kejadian berkata haba yang teramat panas akibat kebakaran di tempat nahas “langsung tidak memberi peluang” untuk menyelamatkan penumpang.

Katanya, angka korban hanya akan dimuktamadkan selepas keputusan ujian DNA diperoleh bagi mengenal pasti semua mangsa.

Satu-satunya mangsa yang terselamat dikenal pasti sebagai Viswashkumar Ramesh, warganegara Britain berketurunan India yang kini dirawat di hospital.

Antara mangsa yang terkorban ialah bekas Ketua Menteri Gujarat, Vijay Rupani.

Presiden India, Droupadi Murmu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Rupani dan menyifatkan tragedi itu sebagai “amat menyayat hati.”

Perdana Menteri, Narendra Modi pula menyifatkan nahas itu sebagai peristiwa “yang amat memilukan dan sukar diungkap dengan kata-kata,” yang “mengejutkan dan menyedihkan kita semua.”

Syarikat induk Air India, Tata mengumumkan bantuan sebanyak 10 juta rupee (US$116,863) kepada keluarga mangsa terkorban, membiayai sepenuhnya rawatan mangsa yang cedera serta membantu kerja pembaikan asrama yang rosak.

Menteri Penerbangan Awam India, Kinjarapu Ram Mohan Naidu berkata, siasatan rasmi telah dimulakan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat.

Sementara itu, mangsa yang terselamat berkata, selepas 30 saat berlepas, terdengar bunyi kuat dan kemudian pesawat itu terhempas.

Beliau yang duduk di Nombor 11A. dalam perjalanan pulang ke United Kingdom (UK) bersama abangnya, yang duduk di barisan berbeza.

“Apabila saya sedar, saya melihat mayat di sekeliling. Saya ketakutan. Saya bangun dan lari. Serpihan pesawat berada di mana-mana,” katanya yang kemudian dibawa masuk ke dalam ambulans.

Nnn

Related posts

Leave a Comment