Kes harian Brunei naik kepada 751

BERAKAS 20 Jun – Brunei Darussalam hari ini terus mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila merekodkan 751 kes baharu dengan jumlah kes aktif sebanyak 4,129 kes. Menteri Kesihatan,  Dr.  Mohammad Isham Jaafar berkata, semua 751 kes adalah hasil Ujian ART dan sifar kes hasil daripada 182 ujian makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu Beliau mengakui sejak seminggu kebelakangan ini, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan menunjukkan sedikit peningkatan, di mana jumlahnya melebihi 500 kes setiap hari, dengan lebih 99 peratus daripadanya dikesan melalui Ujian ART.  Walau bagaimanapun, jumlah…

Read More

Perlis benteng utama Ahli Sunnah

KANGAR 20 Jun – Perlis menjadi benteng utama Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada segala amalan tahyul, khurafat dan tokok tambah ajaran agama tanpa asas benar, titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Sambil menegaskan pendirian Perlis tidak berpegang langsung kepada ajaran ‘Wahabi’ baginda menggesa seluruh umat Islam berganding bahu membela sunnah Rasulullah SAW kerana ia wajar diambil berat oleh setiap Muslim. “Keutamaan kita di Perlis adalah setiap perkara perlu berteraskan al-Quran dan sunnah dengan melihat kepada huraian dan ijtihad ulama yang muktabar membabitkan semua aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah,…

Read More

Lebih 147,000 jemaah tiba di Madinah

MADINAH: Seramai 147,094 jemaah dari pelbagai negara tiba di Madinah menerusi laluan udara dan darat setakat 18 Jun lalu untuk menunaikan ibadah Haji tahun ini.  Data mengenai jemaah yang tiba dan berangkat dari Madinah yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menunjukkan, 136,007 jemaah sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah. Pusat imigresen darat menyambut kedatangan 11,087 jemaah yang tiba di Madinah melalui jalan darat, demikian menurut agensi berita Saudi Press Agency (SPA).  Data tersebut turut menunjukkan kerakyatan jemaah di Madinah, dengan jemaah…

Read More

Kes baharu ME ke-24 meningkat

PUTRAJAYA 20 – Jumlah kes baharu Covid-19 di Malaysia bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-24 dari 12 hingga 18 Jun meningkat sebanyak 27.9 peratus atau 11,096 kes kepada 14,195 kes berbanding pada minggu sebelumnya (ME ke-23). Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes kematian pada ME ke-24 mencatat penurunan sebanyak 16 peratus iaitu 21 kes berbanding 25 kes pada minggu sebelumnya, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 setakat ini 35,732. Beliau berkata purata kes aktif setiap hari bagi ME ke-24 pula meningkat sebanyak 9.3 peratus iaitu 24,053 kes…

Read More

Sifar kematian selepas 18 bulan

PUTRAJAYA 20 Jun – Buat kali pertama selepas 18 bulan, Malaysia semalam, tidak merekodkan sebarang kes kematian akibat jangkitan Covid-19. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kali terakhir negara merekodkan sifar kes kematian ialah pada 18 Disember 2020. “Hari ini (19 Jun), buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia melaporkan sifar kematian akibat Covid-19. “Peralihan berterusan kita kepada fasa endemik ditentu ukur dan dipacu oleh data. Sama-samalah kita berdoa ia terus membuahkan hasil,” katanya dalam ciapan di Twitter, malam tadi. Untuk rekod, Malaysia kali pertama mencatatkan kes kematian akibat Covid-19…

Read More

70,000 tiket kereta api terjual

JOHOR BAHRU 20 Jun – Hampir 70,000 tiket terjual untuk tempoh satu bulan bagi perkhidmatan kereta api ulang-alik antara Stesen Woodlands dengan Johor Bahru (JB) Sentral yang beroperasi semula semalam setelah dua tahun dihentikan. Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong berkata pengoperasian semula perkhidmatan Shuttle Tebrau itu dilihat dapat mengurangkan kesesakan di Tambak Johor setelah laluan itu ditutup pada 24 Mac 2020 akibat pandemik Covid-19. “Untuk peringkat awal, seminggu pertama ini kami hanya menyasarkan 240 penumpang (satu perjalanan) kerana perlu menyelaraskan (beberapa perkara seperti) MySejahtera dan ciri-ciri lain yang perlu dibuat penyelarasan. “Kami sasarkan…

Read More