Subsidi RM155 juta tambang percuma

KUALA LUMPUR 17 Jun – Kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM155 juta bagi memberi perkhidmatan percuma pengangkutan awam di bawah RapidKL dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Lembah Klang.

Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob, berkata peruntukan itu membolehkan penumpang di dua perkhidmatan berkenaan menikmati kemudahan tambang percuma selama sebulan mulai semalam.

Pemberian perkhidmatan percuma Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), Monorel serta bas RapidKL itu dibuat sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu.

Pemberian tambang percuma itu juga diperluaskan kepada perkhidmatan tren KTM Komuter Lembah Klang, membabitkan jajaran Tanjung Malim ke Pelabuhan Klang dan Batu Caves ke Pulau Sebang Tampin, bagi tempoh sama.

Sehubungan itu, katanya, dana bernilai RM155 juta diperuntukkan sebagai subsidi bagi menampung tambang percuma itu, masing-masing RM140 juta bagi pengangkutan awam kendalian RapidKL, manakala RM15 juta bagi perkhidmatan kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Related posts

Leave a Comment