Kes harian Malaysia 1,330

PUTRAJAYA 7 Jun – Kes harian Covid-19 di negara ini semalam menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 1,330 berbanding 1,358 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,516,319.

Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak empat kes import dilaporkan manakala sebanyak 21,630 kes aktif direkodkan di mana 20,659 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dua kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 35,690 orang meninggal dunia setakat semalam.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 612 berbanding 569 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 1,370,562 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 266 berbanding 264 kelmarin.

Pulau Pinang merekodkan 92 kes berbanding 105 kelmarin, Sabah 63 (45), Perak 58 (90), Negeri Sembilan 54 (81), Kedah 49 (29), Johor 43 (61), Melaka 30 (31), Kelantan 18 (9), Wilayah Persekutuan Putrajaya 16 (24), Sarawak 16 (22)

Di bawah 10 kes pula direkodkan Pahang 9(17), Terengganu 3 (5), Wilayah Persekutuan Labuan 1 (1) dan Perlis 0 (5).

Related posts

Leave a Comment