Kadar kebolehjangkitan 0.91

PUTRAJAYA 5 Jun  – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes purata mingguan epid minggu ke 22 pada 5 Jun untuk seluruh negara adalah  0.91.

Sembilan negeri mencatatkan kadar melebihi atau menyamai kadar kebangsaan dengan Sabah merekodkan 1.00.

Ini diikuti Perak 0.96, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 0.94, Selangor 0.93 sementara Melaka, Kedah dan Sarawak masing-masing mencatatkan 0.92 dan Negeri Sembilan 0.91.

Sementara itu Pulau Pinang merekodkan 0.90, Perlis 0.89, Johor 0.87, Kelantan 0.85, Terengganu dan Pahang masing-masing 0.78, dan Wilayah Persekutuan Labuan 0.72.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment