1,198,092 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 5 Jun – Sebanyak 4,925 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mendapatkan dos kedua semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,198,092 atau 33.7 peratus telah lengkap vaksinasi.

Di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam, sebanyak 976 lagi mendapatkan dos menjadikan jumlah keseluruhan 1,733,219 atau 48.8 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 2,915,483

remaja berumur 12 hingga 17 tahun, melengkapkan vaksinasi mereka semalam manakala 3,010,818 atau 96.8 peratus mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, sebanyak 803 lagi mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan 16,105,039.atau 68.4 peratus.

Bagi kumpulan orang dewasa juga, sebanyak 22,978,364 atau 97.7 peratus melengkapkan dua dos manakala 98.9 peratus atau 23,254,823 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 7,512 dos harian diberikan semalam meliputi 1,124 dos pertama,  5,585 dos kedua dan 803 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,981,503.

Related posts

Leave a Comment