1,451 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 1 Jun  – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini semalam terus merekodkan peningkatan dengan 1,451 kes termasuk enam import berbanding 1,325  kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,506,510.

Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 23,152 kes aktif dan tujuh kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 35,676 orang meninggal dunia setakat ini.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 665 berbanding 611 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 1,366,163 orang.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mencatatkan 287 berbanding 218 kelmarin, Pulau Pinang 84 (94), Perak 73 (82), Negeri Sembilan 72 (48), Kedah 45 (50), Sarawak 44 (14), Melaka 43 (41).

Ini diikuti Sabah 36 (41), Johor 29 (51), Wilayah Persekutuan Putrajaya 22 (35), Terengganu 18 (11), Kelantan 15 (13) dan Pahang 13 (13).

Sementara itu Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan satu kes berbanding sifar kelmarin manakala Perlis mencatatkan empat kes berbanding tiga kelmarin.

Related posts

Leave a Comment