Pas Johor minta ahli parti bertenang

JOHOR BAHRU 2 Jun – Pas Johor meminta seluruh pimpinan, ahli dan jenteranya supaya terus bertenang sementara menunggu ketetapan rasmi Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berhubung hala tuju kerjasama parti itu dengan Bersatu. Pesuruhjaya Pas Johor,  Dr Mahfodz Mohamed dalam satu kenyataan meminta semua pihak bersabar dan serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung hala tuju kerjasama parti itu Beliau berkata, Pas Johor mengambil maklum intipati mesyuarat Majlis Syura Ulamak Pas yang menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk menentukan hala tuju kerjasama dengan Bersatu, sebagaimana dilaporkan media. Katanya, dalam tempoh ini,…

Read More

BN selesa, tugas PN lebih mencabar

SEPANG 2 Jun  – Berbekalkan tiga kerusi sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) berdepan tugas lebih mencabar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, berbanding Barisan Nasional (BN) yang menang 40 kerusi pada 2022 dilihat lebih selesa. Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman, berkata di samping imej Menteri Besar,  Onn Hafiz Ghazi yang ‘bekerja’ mampu memberi kelebihan buat BN, PRN mengejut lazimnya memberi kelebihan kepada penyandang. Katanya, sentimen lokal sering mengatasi isu nasional, ditambah dengan semangat ‘Bangsa Johor’, sebagaimana berlaku dalam PRN Sabah. “Sekilas pandang, daripada 56 kerusi DUN…

Read More

BN ada asas kukuh tanding semua kerusi

KUALA TERENGGANU 2 Jun – Barisan Nasional (BN) mempunyai asas kukuh bagi meletakkan calon untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, kata Pengerusinya, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO itu berkata kerajaan BN Johor terbentuk sebelum pewujudan Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional. “Kita nak betulkan persepsi bahawa kerajaan Johor adalah kerajaan BN sebelum kewujudan kerajaan perpaduan di peringkat nasional. Jadinya, BN mempunyai asas kukuh bagi meletakkan calon bertanding di semua 56 kerusi DUN di Johor,” katanya. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri ditemui pada…

Read More

Tahniah kejayaan cemerlang TH

SEPANG  2 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas kejayaan cemerlang menerima Labaytum Diamond Award dua tahun berturut-turut. Baginda menerusi satu kenyataan menyifatkan pengiktirafan berprestij kali ke-5 tersebut sebagai bukti jelas kepada kecekapan, profesionalisme dan komitmen tinggi seluruh warga Tabung Haji dalam mengurus serta menyelaras operasi haji Malaysia. “Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan Tabung Haji, malah mengharumkan nama Malaysia dan memperkukuhkan reputasi negara sebagai peneraju dalam pengurusan ibadah haji yang sistematik, cekap dan berteraskan prinsip-prinsip syariah,” titah…

Read More

Pasukan pengaman perlu dikekalkan

NEW YORK – Kehadiran pasukan pengaman di Lubnan perlu dikekalkan selepas ‘mandat misi semasa’ berakhir pada penghujung tahun ini, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, Guterres dalam laporan kepada Majlis Keselamatan mengemukakan tiga pilihan membabitkan antara hampir 2,000 hingga lebih 5,500 anggota PBB bagi memantau gencatan senjata serta menyokong Angkatan Tentera Lubnan. Di bawah semua pilihan yang dicadangkan, kehadiran anggota beruniform PBB yang berperanan memudah cara usaha meredakan ketegangan, dialog, perhubungan dan penyelarasan, serta menyokong Angkatan Tentera Lubnan adalah perlu ke arah mencapai matlamat utama penyelesaian jangka…

Read More

Israel, Hezbollah capai persefahaman

WASHINGTON – Israel dan kumpulan Hezbollah di Lubnan mencapai persefahaman untuk menghentikan serangan terhadap satu sama lain, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Menerusi platform media sosial Truth Social, Trump berkata beliau mengadakan “perbualan yang sangat produktif” dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan menerima jaminan bahawa Tel Aviv tidak akan menghantar tentera ke ibu negara Lubnan, Beirut. “Tiada tentera akan dihantar ke Beirut, dan mana-mana tentera yang sedang dalam perjalanan sudah diarahkan berpatah balik,” kata Trump yang menerusi perantara kanan, telah berhubung dengan Hezbollah dan memperoleh komitmen untuk…

Read More