43 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 23 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 43 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 32,433 orang, daripada 3.25 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 20 daripada 43 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Sementara itu, terdapat 267,084 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 254,520 individu atau 95.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,704 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,574 kes di hospital dan 286 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) yang membabitkan 106 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 180 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment