Kes harian Covid-19 turun

PUTRAJAYA 24 Mei –  Terdapat penurunan kes harian Covid-19 semalam dengan merekodkan 1,544 kes berbanding 1,817 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,491,320.

Menurut data di portal COVIDNOW, jumlah kes aktif di seluruh negara pula adalah sebanyak 25,148 berbanding kelmarin 26,511.

Setakat tengah malam tadi juga,  dua lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,645 kes, daripada 4.48 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Tiada kes kematian berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Selangor masih mendahului dengan jumlah kes tertinggi iaitu 828 menjadikan jumlah keseluruhan 1,359,764, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 113, Pulau Pinang 93, Melaka 86, Johor 83 dan Perak 75.

Negeri Sembilan pula merekodkan 63, Kedah 55, Sabah 43, Wilayah Persekutuan Putrajaya 38, Sarawak 27, Terengganu 13, Kelantan 13, Pahang 12, Wilayah Persekutuan Labuan 1 dan Perlis 1.

Sementara itu, daripada 25,148 kes aktif, sebanyak 24,009 individu atau 95.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, 1,078 pula dirawat di hospital dengan  39 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Related posts

Leave a Comment