Singapura catat 4,342 kes baharu

SINGAPURA 20 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,342 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini berbanding 4,578 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 1,263,033. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,228 adalah jangkitan tempatan dan 114 lagi kes import. Tiga lagi individu dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,374 kematian manakala 2,799 pesakit dibenarkan keluar hospital. Menurut MoH, sebanyak 3,987 kes baharu Protokol 2 direkodkan, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko…

Read More

Afrika hadapi varian baharu?

ADDIS ABABA: Afrika berkemungkinan menghadapi kewujudan varian baharu Covid-19 berikutan peningkatan 36 peratus kes baharu Covid-19 sejak empat minggu lalu. Pemangku Pengarah Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Afrika, Ahmed Ogwell, ketika memberi amaran itu berkata, wilayah tengah dan timur Afrika masing-masing merekodkan kenaikan 113 dan 54 peratus. “Peningkatan ini menjadi tanda jelas kemungkinan ada varian baharu yang lebih cepat merebak,” katanya. CDC Afrika sebagai agensi bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan di Kesatuan Afrika (AU), menggesa supaya ujian pengesanan ditingkatkan bagi mengenal pasti lokasi kemunculan varian baharu itu. “Kita perlu melakukan lebih banyak…

Read More

Brunei Darussalam catat 261 kes baharu

BERAKAS 20 Mei  – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 261 kes harian Covid-19 berbanding 262 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang direkodkan setakat ini 146,044. Menteri Pertahanan II, Halbi Mohd Yussof, yang mewakili Menteri Kesihatan berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 259 adalah hasil Ujian ART dan dua kes lagi hasil 305 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam Kategori 5, dan satu kes dalam Kategori 4…

Read More

2,124 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 20 Mei – Kes harian Covid-19 di negara ini mencatatkan 2,124 kes setakat malam tadi berbanding 2,017 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 4,485,419 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,123 adalah penularan tempatan dan satu kes import. Menerusi laman sesawang COVIDNOW, lima negeri mencatatkan pertambahan kes tiga angka dengan Selangor melaporkan kes paling tinggi iaitu sejumlah 892 kes, diikuti Kuala Lumpur 411, Perak 125, Pulau Pinang 114 dan Melaka 111. Selain itu, Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 98 kes, Kedah 70, Johor 62, Sarawak 58, Sabah 56, Putrajaya…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.87

PUTRAJAYA 20 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara turun lagi kepada 0.87 semalam berbanding 0.91 kelmarin. Tiada negeri merekodkan nilai di bawah kadar kebangsaan itu sebaliknya 12 negeri mengatasi nilai berkenaan dengan melebihi 1.00. Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan nilai 1.14 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.10, Sabah 1.08, Pulau Pinang 1.05. Melaka, Negeri Sembilan dan Perak masing-masing merekodkan 1.03, Kedah 1.02, Pahang 1.01, Johor 0.97, Sarawak dan Selangor masing-masing 0.94. Sementara itu Kelantan mencatatkan 17 kes, Terengganu 11 kes, Wilayah Persekutuan Labuan tujuh kes dan Perlis…

Read More