Singapura catat 4,342 kes baharu

SINGAPURA 20 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,342 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini berbanding 4,578 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 1,263,033.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,228 adalah jangkitan tempatan dan 114 lagi kes import.

Tiga lagi individu dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,374 kematian manakala 2,799 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Menurut MoH, sebanyak 3,987 kes baharu Protokol 2 direkodkan, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes Protokol 2 itu melibatkan 3,883 jangkitan tempatan dan 104 kes import sementara 355 ‬kes lagi disahkan menerusi ujian PCR yang terdiri daripada

345 jangkitan tempatan, dan 10 adalah kes import.

MoH juga memaklumkan kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.09, turun berbanding 1.14 semalam.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin merosot.

Sementara itu, seramai 292 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 302 semalam di mana 48 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan lapan kes lagi dipantau rapi di ICU.

Setakat semalam, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment