2,124 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 20 Mei – Kes harian Covid-19 di negara ini mencatatkan 2,124 kes setakat malam tadi berbanding 2,017 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 4,485,419 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,123 adalah penularan tempatan dan satu kes import.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, lima negeri mencatatkan pertambahan kes tiga angka dengan Selangor melaporkan kes paling tinggi iaitu sejumlah 892 kes, diikuti Kuala Lumpur 411, Perak 125, Pulau Pinang 114 dan Melaka 111.

Selain itu, Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 98 kes, Kedah 70, Johor 62, Sarawak 58, Sabah 56, Putrajaya 46, Pahang 40, Kelantan 17, Terengganu 11, Labuan 7 dan  Perlis 6.

Perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah individu yang dijangkiti Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,485,419 kes.

Sehingga kini terdapat 29,789 kes aktif di negara ini dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 95.9 peratus bersamaan 28,569 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu seramai 1,165 kes pula sedang mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (20), Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan (22) serta ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (13).

Dalam pada itu, setakat semalam terdapat tiga kes kematian dilaporkan dan dua daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Ia menjadikan sehingga kini sebanyak 35,633 kes kematian akibat jangkitan berkenaan.

Daripada jumlah yang dinyatakan itu, terdapat 7,550 kes adalah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Data turut menunjukkan semalam terdapat 2,303 kes sembuh, jumlah itu menjadikan sehingga kini individu yang sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan kini meningkat kepada 4,419,997 kes.

Related posts

Leave a Comment