Iraq hantar jemaah teramai

MADINAH: Seramai 1.54 juta jemaah umrah tiba di Madinah melalui laluan udara, darat dan laut sejak awal musim umrah tahun ini demikian menurut Agensi Kementerian Haji dan Umrah bagi Ehwal Lawatan di Madinah.

Statistik menunjukkan, warga Iraq mencatatkan jumlah jemaah tertinggi yang tiba di Madinah untuk mengunjungi dan bersolat di Masjid Nabawi pada musim umrah kali ini iaitu seramai 313,815 jemaah, diikuti rakyat Pakistan 201,003, Indonesia 171,898 dan Mesir 95,907.

Jumlah permit yang dikeluarkan secara elektronik bagi membenarkan jemaah untuk menunaikan solat di kawasan Raudah di Masjid Nabawi pada bulan Ramadan adalah 262,781, termasuk 116,045 permit bagi jemaah wanita.

Sementara itu, jumlah permit yang dikeluarkan untuk bersolat di Raudah sejak awal musim umrah ini mencecah 2.8 juta melalui aplikasi Eatmarna.

Statistik kementerian itu menunjukkan jumlah permit yang dikeluarkan kepada jemaah untuk menunaikan umrah sepanjang Ramadan tahun ini mencecah 6.7 juta menerusi aplikasi berkenaan.

Related posts

Leave a Comment