2,239 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 16 Mei – Sebanyak 2,239 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat semalam berbanding 2,373 kelmarin menjadikan jumlah individu yang dijangkiti virus berkenaan di negara ini meningkat kepada 4,478,112 kes.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes harian berkenaan membabitkan 2,236 kes penularan tempatan dan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Selangor kekal menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu dengan pertambahan empat angka iaitu sebanyak 1,148 kes, ia diikuti Kuala Lumpur dengan 338 kes dan Pulau Pinang (171).

Sementara itu Negeri Sembilan merekodkan 112 kes, Perak 105, Johor 87, Melaka 81, masing-masing 43 kes di Kedah dan Sabah, Sarawak 30, Pahang 28, Terengganu 17, Kelantan 13, Putrajaya 15, Perlis 6 dan Labuan 2.

Perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 37,063 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 96 peratus atau 29,516 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu sebanyak 3.8 peratus iaitu 1,170 kes pula sedang dirawat di hospital, Unut Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan (23), ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (22) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (4).

Mengenai kes kematian di negara ini, setakat semalam terdapat tiga kes kematian termasuk satu kematian diluar fasiliti kesihatan (BID). Ia menjadikan sehingga kini angka korban akibat Covid-19 meningkat kepada 35,615 kes.

Daripada jumlah yang dinyatakan itu, sebanyak 7,542 kes membabitkan pesakit yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Semalam juga sebanyak 1,263 kes sembuh dicatatkan, ia menjadikan sehingga kini sebanyak 4,411,762 kes sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan.

Related posts

Leave a Comment