Kadar kebolehjangkitan 1.10

PUTRAJAYA 16 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara turun lagi semalam dengan merekodkan 1.10 berbanding 1.16 kelmarin.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melalui Facebooknya, tiada negeri mengatasi kadar 1.10 ketika Pulau Pinang merekodkan kadar 1.00.

Ini diikuti Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan 0.99, Negeri Sembilan 0.95 dan Melaka 0.94.

Kedah dan Perak masing-masing merekodkan 0.88, Johor dan Pahang masing-masing 0.86, Terengganu 0.85, Selangor 0.84, dan Sarawak 0.77.

Sementara itu Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 15 kes, Kelantan 13 kes, Perlis enam dan Wilayah Persekutuan Labuan dua kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment