24.6 % kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 4 Mei – Seramai 989 kanak-kanak mengambil dos kedua semalam menjadikan 872,058 atau 24.6 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun melengkapkan vaksinasi mereka.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,537,013 atau 43.3 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,894,793 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,992,466 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,036,202 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,290 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,243,513 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 1,473 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 200 dos pertama, 1,041 dos kedua dan 232 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,329,975.

Related posts

Leave a Comment