24.6 % kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 4 Mei – Seramai 989 kanak-kanak mengambil dos kedua semalam menjadikan 872,058 atau 24.6 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun melengkapkan vaksinasi mereka. Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,537,013 atau 43.3 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,894,793 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,992,466 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sejumlah 16,036,202 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala…

Read More

922 kes harian, 9 kematian

PUTRAJAYA 4 Mei – Kes positif harian Covid-19 negara turun kepada tiga angka dengan 922 kes dilaporkan setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 4,451,781 kes dengan 31,834 kes aktif. Kali terakhir negara mencatatkan kes harian tiga angka pada 29 Mac tahun lalu iaitu 941 kes sebelum terus melonjak ke empat angka pada 30 Mac dengan 1,133 kes dan sejak 15 April lalu,  penurunan kes direkodkan dari lima angka ke empat angka. Menurut laman sesawang COVIDNOW, hanya satu kes import dilaporkan semalam, manakala kes selebihnya adalah penularan tempatan. Sebanyak 30,821…

Read More

Selesa pakai pelitup muka

ORANG ramai di Korea Selatan masih mengekalkan pemakaian pelitup muka walaupun pihak berkuasa menarik balik arahan pemakaiannya di luar mulai 2 Mei lalu. Satu tinjauan menunjukkan masih ramai yang mengenakannya sebagai langkah berjaga-jaga terutama di daerah yang sibuk seperti Gwanghwamun, lokasi  terletaknya kebanyakan bangunan kerajaan dan korporat. Selain untuk tujuan keselamatan, mereka yang masih memakai pelitup muka berasa janggal untuk membuka pelitup muka selepas mengenakannya selama lebih dua tahun. Sejak lebih dua tahun, pemakaian pelitup muka adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.58

PUTRAJAYA 3 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.58 berbanding 0.62 kelmarin. Tiada negeri merekodkan kadar sama atau di bawah 0.58 dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.98. Ini diikuti Pulau Pinang 0.78, Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing 0.76,  Perak 0.71 dan Sarawak 0.70. Negeri Sembilan merekodkan 0.67, Kedah 0.66, Selangor 0.66 dan Johor 0.65. Sementara itu Pahang merekodkan 19 kes, Sabah 12 kes, Terengganu sembilan kes, Kelantan tujuh kes, Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis masing-masing satu kes. Nilai R-naught merujuk…

Read More